![]() | ||
Photo by Jessica Apple |
"Sahabat untuk selamanya.
Bersama untuk selamanya.
Kau dan aku sahabat.
Untuk selamanya.
Selama-lamanya.
Setia..."
[ Cebisan lirik lagu Sahabat Selamanya-Padi ]
Sahabat.
Setiap daripada kita, tak boleh tidak mesti kena ada seorang teman.
Mana boleh hidup sorang2. Taknak jadi kera sumbang kan ?
Tak kiralah sahabat kita tu tua, muda, miskin, kaya, cantik, biasa2 ja, lelaki atau perempuan. Tuhan tu Maha Bijaksana. Dia tak kasi kita satu pilihan ja. Macam2 ada. Dia kasi banyak pilihan. Banyak. Sehingga kita katakan hidup ni berwarna-warni.
Satu hal, jika terdapat hidangan makanan kat depan kita, yang satu ni hidangan yang baik. Satu lagi hidangan yang kureng la sikit. Mana satu korang nak ? Mestilah nak ambik yang baik je kan ? Tak pon nak ambik yang kureng tadi tu pon ada sebab disebaliknya.
Pilihan ada pada diri kita, pandai2 lah menentukannya.
Masing2 punya alasan, sebab dan jawapan. Tapi majoriti kita harini semua nak yang baik2 ja. Macam yang tQah bagitao tadi. Malah ada yang memilih lebih daripada tu. Yang terbaik ! Sebab apa ? sebab kita semua berharap apa yang kita pilih dan dapat tu akan dapat membantu kita ke arah kebaikan.
Nak jadi insan yang baikkan ? Manusia yang cintakan kebaikan, ialah manusia yang dalam hatinya punya IMAN !
Dalam proses ke arah yang lebih positif, caranya mestilah ambil yang baik2 dan memberi yang baik2. Kebaikan itu perlu menjadi keutamaan. Kejahatan pula usah dibenci. Sebaliknyakita perbaiki. Manusia kan tak sempurna. Tapi ingat, manusia ialah sebaik-baik ciptaan dari-Nya.
SAHABAT YANG BAIK
Zaman ni, sahabat yang baik tu masih ada. Wujud. Walaupon tak banyak tapi kuantiti yang sedikit pun sudah memadai. Kadang2 terlalu banyak pun belom tentu menjadi dan berkualiti. Sahabat yang baik sedikit sebanyak akan terperciknya sifat SOLEH dan SOLEHAH.
Meski sahabat kita tu terdapat kekurangan dan keaiban, pasti dia ada kelebihan. Mungkin dia hebat dalam sesuatu bidang tetapi lemah dalam bidang yang lainnya. Benda begini bukanlah sesuatu yang perlu diperbesarkan. Cukuplah kita seorang saja yang tahu.
Setiap tahu akan diri masing2. Asalkan kita tak termasok golongan yang suka mencari kesalahan orang lain. Maka WAJIB jauhi, takut nanti Allah BENCI.
Nauzubillah !
Bersahabatlah dengan sesiapapun. Beruntung jika kita ada sahabat yang baik, soleh/ solehah. Pada sahabat yang baik itu adanya nasihat yang boleh kita ambik manfaat. Adanya kekuatan yang kadangkala kita berasa lemah.
Pada sahabat yang baik itu adanya kecantikan dan keindahan yang menterjemahkan kasih sayang daripada Tuhan. Pada sahabat yang baik itu adanya kerinduan kita sebagaiinsan yang mahu pulang ke Jannah-Nya. Dan pada sahabat yang baik tiu adanya bibit IMANyang membuatkan kita teguh dan takkan berputus asa dalam mengharuni kehidupan.
Tetapi sahabat yang yang baik tak semestinya seusia dengan kita. Tak semestinya berjiran dengan kita. Tak semestinya satu tempat belajar, bekerja dan organisasi. Tak semestinya di alam maya saja. Tak semestinya yang bersolat jemaah sesama. Semua tu tak semestinya. Sebab sahabat yang baik ialah sahabat yang rapat dan dekat dengan kita.
Mereka yang rapat dan dekat dengan kita tu ialah IBU BAPA kita !
"Ya Allah, Tuhan yang telah mengurniakan kami ibu dan ayah. Yang telah mengurniakan kami kasih dan sayang-Mu kepada ibu dan ayah. Sesungguhnya kami ini tidak pandai berdoa seperti ibu dan ayah. Kami ini tidak setabah ibu dan ayah tatkala ujian menghujani diri. Ya Allah kurniakanlah keberkatan dan keredhaan-Mu kepada ibu dan ayah. Satukanlah kami di akhirat nanti sebagaimana Engkau satukan kami pada hari ini. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik sandaran. Sebaik-baik penolong."
#Entry diolah semula. Credit to Mohamad Nasiruddin Bin Amir for this cute sharing (: