1. "Semua yang tutup aurat kompem masok syurga ke ?"
*Yang pasti semua yang tak tutup aurat kompem dapat balasan di neraka kelak.
2. "Ishh.. tudung laboh tu ingat baik sangat. Dosa pon sama banyak. Mengumpat orang bagai."
*Bila
iblis tak nak ikut perintah Allah untuk bersujud pada Adam maka dia
menyalahkan perintah Allah tu. "Pehal pulak aku nak kena sujud. Aku
lebih baik dan mulia." Samalah dengan tudung, tudung pulak yang
disalahkan. "Jangan samakan tudung dengan kes iblis tu. Orang yang pakai
tudung memang tak sume baik tapi dia mencuba jadi baik.
bla..bla..bla.."
3.
"Macamlah kau baik sangat nak tegor2 aku. Kau dulu lagi jahat nak mati.
Pegi tengok cermin arr. Da perfect baru sembang kencang naa."
*Tidak
bersabit larangan dari nabi untuk seseorang yang baru memeluk Islam
(muallaf)/ mukallaf sekalipon untuk pegi berdakwah. Maksudnya dakwah tu
umum. Bukan nak tunggu jadi baik/perfect baru nak kena berdakwah.
4. "Walaupon kami pakai seksi, tapi hati kami baik."
*Adakah
awak mendakwa diri awak mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan
kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri awak tanpa perlu menutup
aurat?
5. "Kami pakai ketat ke jarang ke, tu hak kami. Jangan pertikaikan. Kalau tak suka takyah susah payah tengok."
*Adakah
awak berani jamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci,
iman yang tinggi untuk menahan nafsu dan hati yang sedang membuak-buak?"
6. "Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi pon. Terpulanglah pada individu yang memandang kami."
*Seksi atau tidak, awak tetap berdosa walaupon sekadar menayang sehelai rambut awak.
7. "Walaupon kami tak bertudung, kami tetap solat macam biasa dan berpuasa."
*Jangan terlalu yakin bahawa ibadatmu diterima. Adakah awak juga yakin bahawa ia sudah cukup menjamin awak masok syurga?
8. "Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidop orang lain pon."
*Kalau
awak nak tau, awak sebenarnya dah mengheret bapak, abang, adik, suami
serta orang lain ke neraka bersama awak disebabkan mereka tak menegor
dan gagal mendidik awak.
9. "Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. Takdak kena-mengena dengan kau pon."
*Dengan
kami di dunia bolehlah cakap cemtu. Cer cakap depan Allah nanti. Errr
mampu ke? Ingkar suruhan-Nya, sedarlah kita di mana tempatnya !
10. "Kami pakai cemni sebab ikot arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dengan scene."
*Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan-Nya. Siapa Tuhan sebenarnya?
11. "Bukan kami tak mao tutop aurat tapi belom sampai seru..."
*Mati tak mengenal usia. Bukannya apa takut tak sempat bertaubat. Masa muda nilah manfaatkan.
12. "Takkan nak buat perubahan secara drastik. Slow-slow la..."
*Boleh ke nanti cakap dekat malaikat Izrail, "Tunggulah jangan ambik nyawa lagi. Jom lepak2 dulu."
13. "Tutup aurat tu bagus tapi kami tak suka hipokrit. Lagipon kami tak ikhlas melakukannya."
*Kalau cemtu maksudnya awak memang hipokritlah. Tak ikhlas dengan Islam kan?
0 comments:
Post a Comment