Friday, April 25, 2014

BYEBYE AL-WAHN, WELCOME SYAHID !

Belongs to Hanzsensei.wordpress


Salam 'alaik kalian semua !

Moga kalian kalian berada di bawah lindungan kasih sayang Allah sentiasa, setiap tahun, bulan, minggu, hari, jam, minit mahupon sesaat. In shaa Allah ! Disebabkan sekarang sedang bercuti cutian jadiknya kita isi masa dengan meng'hupdate' cool belog ini supaya sentiasa manis dengan pelbagai perisa dan menghilangkan dahaga haus kalian semua. Ohoi ! Bajet macam ada orang nak baca post aku dekat sini. Pon bolehlah.

Entry kali ni aku taknak pepanjang sangat. Kita kasi short short saja tapi ada isi yang disampaikan. Baca tajuk entry ni pon dah macam rare kan. *rare ke ?*

Sebelum tuh nak tanyalah kan, korang tahu ke apa itu al-Wahn ?
Okey mungkin ada sesetengah sebahagian daripada korang dah tahu al-Wahn tuh, tapi tak salah kalau kita bagitau bebanyak kali pasal ini supaya kita tak lupa ye dok ?

al-Wahn tu adalah sejenis penyakit. Trust me. 

Dari Tsauban berkata, Rasulullah SAW besabda, "Hampir saja bangsa bangsa mengepung kamu, seperti kelompok yang lapar siap melahap makanan." Berkata seorang sahabat, "Apakah kerana jumlah kami sedikit pada masa itu ?" Rasul SAW menjawab, "Jumlah kalian pada saat itu banyak, tetapi kualiti kalian seperti buih di tengah lautan. Allah mencabut rasa takut dari musuh terhadap kalian, dan memasukkan ke dalam hati kalian penyakit Wahn." Berkata seorang sahabat, "Wahai Rasulullah SAW, apa itu Wahn ?" Rasul SAW berkata, "Cinta dunia dan takut mati."

(HR Ahmad dan Abu Daud) 

Nah sekarang dah faham ke tidak ? Harapnya masok dalam jiwa jiwa kalian ya. Aku pon sekali.

Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW sabdanya, “Sesungguhnya akan datang pada hari kiamat seorang yang gemuk lagi besar, tetapi tidak bernilai disisi Allah walaupun seberat sayap nyamuk”.
Kalaulah dunia ini bernilai disisi Allah setanding dengan sebelah sayap nyamuk maka nescaya Dia tidak akan memberi (izin) kepada orang kafir itu untuk minum
walau seteguk air. [riwayat al-Tirmidzi]

Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang yang kafir.' [riwayat Muslim]

Orang faqir yang beriman akan memasuki syurga lebih awal setengah hari daripada orang yang kaya dikalangan mereka iaitu menyamai lima ratus tahun dunia. [riwayat Ahmad, al-Tirmidzi, Ibn Majah dan Nasaie]

Amacam ? Dah bercita cita nak jadi syahid tak ? Aku pulak dah bercita cita ke belom ? Sama samalah kita bermuhasabah diri termasuk diri aku ni haa. Jangan pandai nasihat orang saja tapi diri sendiri pon tunggang terbalik hidop. Tak jadi cemtu. Moga kita sentiasa berusaha menjadi hamba yang menagih redha dari-Nya. 
Aamiin.

p/s : Istiqamahlah dalam melakukan kebaikan. Sekurang kurangnya kita berusaha mengumpul pahala daripada menabung dosa. Slowly but surely !
 
Thursday, April 24, 2014

PENIPU ?

Belongs to Wallsave


Salam alaik !

Sorilah, blog aku nih dah lama sangat tak bukak. And I can feel tikus tikus mahupon lipas sedang cuba membina sarang sarang mereka. Wahhh.

Well aku takdaklah nak update apa sangat, cumanya sekadar tidak mahu blog ini sepi begitu bagai angin lalu dan hilang. Aku tetiba rasa nak share post Mato pasal LIES. Mostly korang memang peminat tegar peminat setia tulisan Mato. Semestinya ! Every month waiting for his new post right ?

Aku pon taknak bazir masa, jom kita ingat balik wujud tak orang orang seperti ini, i mean orang seperti mereka ini  ahh senang cerita golongan macam ni in your life, dan bukan orang orang dekat sawah yer.


Situasi pertama : Aku okey.


Rasanya ini penipuan paling universal memandangkan ia sangat terkenal terutamanya bagi kaum-kaum wanita di luar sana (berdasarkan kajian bahawa wanita seringkali rasa sedih dan puncanya adalah lelaki).

Repeat. Seringkali. Bukannya kalau sedih je confirm lelaki yang jadi puncanya. Boleh jadi result exam puncanya. Boleh jadi drama korea terlalu sedih yang jadi punca. Boleh jadi resipi masak tak menjadi. Boleh juga sebab tak dapat balik cuti.
Bukan nak kata lelaki tough (ada sedikit kebenaran di situ), tapi lelaki ni majoritinya sedih sebab lain.

Ya kita bukan nak borak pasal sedih.

Tak apa, kadang-kadang kita tak perlu tunjuk pada orang yang kita lemah. Sebab kekuatan seseorang
bukan terletak pada siapa dia, tapi siapa Tuhannya.

Lepas ni kalau ada orang tanya, "Weh, enta okay?"

Maka jawablah, "Sesungguhnya kekuatan itu milik Allah. Maka jika Dia tarik apa yang Dia pinjamkan pada aku, siapa aku untuk menidakkannya?"

Wahaha! Isbir.


Situasi kedua : Rupa tak penting, yang penting hati.


Ini antara yang sangat offensive.
Katanya rupa tak penting, yang penting harta agama.
Tapi bila nampak brader badan sado, muka berjambang, tinggi lampai (aku memang tak tahu taste perempuan jadi aku buat segala yang opposite dengan sifat aku ahaha) terus usha tak ingat dunia.
Kata tak tengok rupa tapi bila ada abang badan besar sikit, kulit tak berapa nak cerah, muka tak ada rupa-rupa mat saleh, berketinggian rendah (macam salah je kombinasi tinggi dan rendah diletakkan sebelah-sebelah), meskipun beliau terkenal di kawasan kampung sebagai muazzin setiap subuh. Walaupun suara beliau tak adalah merdu mana, tapi insyaallah agamanya terjaga, masih ada yang sudi? Ya, mungkin ada.

Kalau ada, alhamdulillah. Benarlah cinta bukan pada rupa, tapi pada agama.
Kalau tak sudi, okay tak apa. Dah faham dah.
Macam tu juga bagi lelaki. Rupa tak penting kononnya, yang penting hati.
Tapi bila nampak perempuan lawa, mata tak berkelip gak pandang.
Kalau dah fitrah lelaki suka tengok perempuan lawa nak buat macam mana?


Lower your gaze lah.
Tundukkan pandangan bukan mesej untuk lelaki saja, perempuan pun sama.


Situasi ketiga : Aku tak ready lagi.


Ini biasanya ayat2 student pandai. Pandai memanipulasikan fikiran orang.

Bila orang lepak-lepak, dia pon lepak-lepak gak.

Tapi bila orang tido, dia study sorang-sorang.

Sejam sebelum masok dewan exam, member kata, "Aku cuaklah nak exam."

Dia pon join sekaki kata tak ready lagi.

Tapi bila result keluar ? Tuddiaa. Gempak bak hang. 4 flat.

Ini serious pandai.


Situasi keempat :  Aku dah ready.


Ini biasanya jenis-jenis yang suka sedapkan hati sendiri.
Beria yakinkan hati yang diri sendiri dah ready, sebenarnya satu persediaan pun belum dibuat.
Golongang jenis ni biasanya masa buka paper exam, baru rasa menyesal kenapa tak study awal-awal.


Situasi kelima : Best friend forever.


Maka ini boleh dikatakan sebagai penipuan paling epik.
Kalau setakat nak mengaku  bi ef ef, semua orang boleh, Tapi sejauh mana kebenarannya?

Allahualam.
Bila kita mengaku dia sahabat kita, maka ada beberapa perkara yang kita akan pastikan ia terlaksana.
1. Sebab aku sayang dia, aku doakan dia. Tanpa mengharapkan doa dia untuk aku sebagai balasan.
2. Sebab aku sayang dia, aku tegur kesilapan dia, bukan diam sebab takut dia terasa.
3. Sebab aku sayang dia, aku nak masuk syurga sama-sama dengan dia. Kalau dia tergelincir ke neraka, aku akan terjun untuk sambut tangan dia, untuk pastikan aku dan dia sama-sama berpimpin tangan ke syurga.
Epik.

Situasi keenam : Kami mesej benda penting je.


Ini biasanya digunakan masa baru-baru nak mengayat.

Mula-mula minta nombor. Katanya nak bincang pasal subjek dalam kelas tadi. Gayanya macam dah tak ada member sejantina dalam kelas tu yang boleh diajak berbincang.

Tak apa. Sangka baik. Mungkin kelas tu ada dua orang pelajar saja.

At first, bincang pasal pelajaran.

Lepas tu bincang punya bincang, sampai lewat malam.

Bila dah lewat malam, soalan tu berubah kepada, "Eh tak apa ke ni awak tidur lambat? Dah malam sangat ni."
 
Esok-esoknya, soalan berunsur pelajaran berubah kepada, "Boyfriend awak tak marah ke ni saya selalu mesej awak?"
Bila dah tahu si perempuan dah tak ada pakwe, maka makin menjadi-jadilah kekerapan berbalas mesej.
Daripada soalan berbentuk, "Disc replacement surgery after umbilical hernia surgery,"
Berubah kepada, "Awak lapar tak? Jom makan kat luar. Saya belanja awak."
Berubah kepada, "Awak, kepala saya sakitlah. Tolong picitkan?"
Wahaha Mato cakap macam ada pengalaman.
Macam saja.
Dan yang terakhir,

Situasi ketujuh : Aku nak berubah esok.


Bila Allah hadiahkan hidayah, maka tak ada alasan untuk kita tangguhkan walaupun seminit.

Sebabnya apa? Sebab sekali kita bertangguh, bermakna ia akan jadi berkali-kali. Bila sampai hari esoknya, kita kata tak apalah, esoklah. Esok.

Macam contohnya, "Aku nak mula solat esok."

Bila esoknya, "Esoklah aku solat, penat sangat ni."

Dan esok serta esoknya dan esoknya lagi masih beri alasan "Esok."

Lalu sampai tiba hari dimana 'esok'nya tu kita dalam kubur. Baru kita menyesal. "Kenapa bukan semalam?"
Wednesday, December 11, 2013

WHY DON'T YOU HAVE A BOYFRIEND ?

Have faith. Photo by Lonney.
"Why don't you have a boyfriend ?"

She replied with confidence, "You tell me, why would I have a boyfriend ?
I guess you have no answer for my question, but I have few answers for yours." 

First, I am a believer. I can't do what displease my Creator, He ordered me not to take a bf, so I should obey Him.

Allah says in Quran: "Nor those who take [secret] lovers."

[ An-Nisa' : 25 ]

Second, I am a daughter of a man who raised me to be a chaste woman. I am a sister of a man who is proud of my purity, so I don't want to disappoint them, and most of all I don't want to disappoint a third man who is my future husband and the father of my children in shaa Allah, because I am preserving myself to him only. My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man. She never raised me to be a toy in any boy's hand. But she raised me to complete the Deen of a pious man.

Also, I'm not an easy girl who would be impressed with sweet love words. But, I'm proud Muslimah who is just like a pearl in its shell no one can touch it but a brave man who would value it and cherish its beauty.

I'm trusting Him very much !

Allah says in Quran: "Women impure are for men impure and men impure are for women impure. And women of purity are for men of purity and men of purity are for women of purity. These are not affected by what people say; for them there is forgiveness and a provision honorable."

[ An-Nur : 26 ]

Dear muslimahs ! Know your worth. And be that one in a million who love to have the love of their Lord [Allah] than the love of a boyfriend !

May Allah bless us all !



Sunday, December 8, 2013

WANITA YANG LAYAK DICINTAI




Rasulullah SAW ialah contoh teladan untuk kita sebagai umat Islam.

Begitu juga para isteri baginda merupakan contoh wanita solehah. Dan wanita yang dicintai Rasulullah SAW ialah ibunya dan isterinya Siti Khadijah.

Kenapa ibunya ?

Sebab ibu bagindalah yang telah mengandung dan melahirkannya manakala Siti Khadijah ialah wanita yang telah menyempurnakan dirinya.

Kecantikan jiwanya, kebersihan hatinya, keimanannya, kecerdasannya, kesetiaannya merupakan magnet yang membuatkan hati seorang pemuda yang bernama Muhammad luluh.

Tahukah anda, wanita seperti Khadijah ialah wanita yang layak dicintai. Tetapi bila difikir-fikir balik masih wujudkah wanita seperti Siti Khadijah pada zaman ini ?

Bukan maksudnya zaman ini tiada, tetapi jarang. Senang cerita susahlah nak cari cemtu.

Menemui wanita seperti isteri Rasulullah pada zaman ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Mendekatinya juga sangat sukar.

Mungkin wanita tu punya kecantikan rupa dan tubuhnya, tapi belum tentu dia memiliki akhlak yang cantik juga. Tak gitu ?

Kecantikan paras rupa bukanlah menjadi ukuran yang dinilai oleh Allah SWT. Melainkan kalau wanita itu sentiasa menghiasinya dengan akhlak yang baik, ketaqwaan, dan keyakinannya kepada Allah.

Jika seorang wanita sudah memiliki keyakinan yang kuat, dan tidak mudah terhakis oleh sekuat manapon badai, maka dialah wanita yang layak dicintai oleh suami dan keluarganya.

Wanita yang harus dicintai tidak meletakkan kecantikan yang dimilikinya sebagai kebanggaan yang dapat menjerumuskan ke arah sifat sombong dan riak.

Padahal dalam ayat Quran sudah jelas melarang kita untuk tidak menduniakan kecantikan.

"Janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang2 jahiliyyah terdahulu."

[ Surah al-Ahzab : 33 ]

Tidak ada sesuatu pun yang dapat mengubah penampilan dan kecantikan seseorang melainkan dengan izin Allah itu sendiri.

Wanita cantik dan harus untuk dicintai akan terpancar dari hati yang bersih dan sikap yang baik melalui kata2 yang sopan dan pakaian yang mencerminkan wanita solehah.

Ada ja kita jumpak wanita cemtu, cuma kengkadang tu cuma topeng jak.
Lama2 akan terbongkar jugak sebab yang asli tetap akan asli. 

Kita juga boleh tau wanita yang layak untuk dicintai ni apabila dia punya kerendahan hati, menghormati sapa2 pon tanpa membezakan darjat.

Ketakwaan dan keimanan seseoranglah yang membezakannya di mata Allah. Wanita yang mulia pasai hidup glamour or berjawatan tinggi bukan tiket kebahagiaan.

Tetapi ketenteramn hati dan jiwa adalah kunci segalanya.


"Seorang wanita yang harus dicintai ibarat lebah yang memberikan manfaat untuk semua orang. Kerana hasilnya ialah madu.

Dengan madu itulah, ramai manusia yang dapat merasakan manfaatnya. Si pencari madu pula boleh memberi makan isterinya dengan menjual madu tersebut dan banyak lagi manfaatnya. "


Bagaimana nak jadi wanita yang harus dicintai ?

1. Iman yang kuat, sentiasa taat beribadah, istiqamah, sabar dan ikhlas.

2. Bersifat mulia dalam pergaulan, tingkah laku dan tutur kata.

3. Berfikiran positif, tidak bersangka buruk dan yang penting SENYUM !

Wassalam.
#BlogAkuIslam





Thursday, November 28, 2013

SAHABAT YANG BAIK

Photo by Jessica Apple

"Sahabat untuk selamanya.

Bersama untuk selamanya.

Kau dan aku sahabat.

Untuk selamanya.

Selama-lamanya.

Setia..."

[ Cebisan lirik lagu Sahabat Selamanya-Padi ] 


Sahabat. 

Setiap daripada kita, tak boleh tidak mesti kena ada seorang teman.
Mana boleh hidup sorang2. Taknak jadi kera sumbang kan ?

Tak kiralah sahabat kita tu tua, muda, miskin, kaya, cantik, biasa2 ja, lelaki atau perempuan. Tuhan tu Maha Bijaksana. Dia tak kasi kita satu pilihan ja. Macam2 ada. Dia kasi banyak pilihan. Banyak. Sehingga kita katakan hidup ni berwarna-warni.

Satu hal, jika terdapat hidangan makanan kat depan kita, yang satu ni hidangan yang baik. Satu lagi hidangan yang kureng la sikit. Mana satu korang nak ? Mestilah nak ambik yang baik je kan ? Tak pon nak ambik yang kureng tadi tu pon ada sebab disebaliknya. 

Pilihan ada pada diri kita, pandai2 lah menentukannya.

Masing2 punya alasan, sebab dan jawapan. Tapi majoriti kita harini semua nak yang baik2 ja. Macam yang tQah bagitao tadi. Malah ada yang memilih lebih daripada tu. Yang terbaik ! Sebab apa ? sebab kita semua berharap apa yang kita pilih dan dapat tu akan dapat membantu kita ke arah kebaikan.

Nak jadi insan yang baikkan ? Manusia yang cintakan kebaikan, ialah manusia yang dalam hatinya punya IMAN !

Dalam proses ke arah yang lebih positif, caranya mestilah ambil yang baik2 dan memberi yang baik2. Kebaikan itu perlu menjadi keutamaan. Kejahatan pula usah dibenci. Sebaliknyakita perbaiki. Manusia kan tak sempurna. Tapi ingat, manusia ialah sebaik-baik ciptaan dari-Nya.


SAHABAT YANG BAIK 

Zaman ni, sahabat yang baik tu masih ada. Wujud. Walaupon tak banyak tapi kuantiti yang sedikit pun sudah memadai. Kadang2 terlalu banyak pun belom tentu menjadi dan berkualiti. Sahabat yang baik sedikit sebanyak akan terperciknya sifat SOLEH dan SOLEHAH.

Meski sahabat kita tu terdapat kekurangan dan keaiban, pasti dia ada kelebihan. Mungkin dia hebat dalam sesuatu bidang tetapi lemah dalam bidang yang lainnya. Benda begini bukanlah sesuatu yang perlu diperbesarkan. Cukuplah kita seorang saja yang tahu.

Setiap tahu akan diri masing2. Asalkan kita tak termasok golongan yang suka mencari kesalahan orang lain. Maka WAJIB jauhi, takut nanti Allah BENCI.

Nauzubillah !

Bersahabatlah dengan sesiapapun. Beruntung jika kita ada sahabat yang baik, soleh/ solehah. Pada sahabat yang baik itu adanya nasihat yang boleh kita ambik manfaat. Adanya kekuatan yang kadangkala kita berasa lemah.

Pada sahabat yang baik itu adanya kecantikan dan keindahan yang menterjemahkan kasih sayang daripada Tuhan. Pada sahabat yang baik itu adanya kerinduan kita sebagaiinsan yang mahu pulang ke Jannah-Nya. Dan pada sahabat yang baik tiu adanya bibit IMANyang membuatkan kita teguh dan takkan berputus asa dalam mengharuni kehidupan.

Tetapi sahabat yang yang baik tak semestinya seusia dengan kita. Tak semestinya berjiran dengan kita. Tak semestinya satu tempat belajar, bekerja dan organisasi. Tak semestinya di alam maya saja. Tak semestinya yang bersolat jemaah sesama. Semua tu tak semestinya. Sebab sahabat yang baik ialah sahabat yang rapat dan dekat dengan kita.


Mereka yang rapat dan dekat dengan kita tu ialah IBU BAPA kita !


"Ya Allah, Tuhan yang telah mengurniakan kami ibu dan ayah. Yang telah mengurniakan kami kasih dan sayang-Mu kepada ibu dan ayah. Sesungguhnya kami ini tidak pandai berdoa seperti ibu dan ayah. Kami ini tidak setabah ibu dan ayah tatkala ujian menghujani diri. Ya Allah kurniakanlah keberkatan dan keredhaan-Mu kepada ibu dan ayah. Satukanlah kami di akhirat nanti sebagaimana Engkau satukan kami pada hari ini. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik sandaran. Sebaik-baik penolong."

#Entry diolah semula. Credit to Mohamad Nasiruddin Bin Amir for this cute sharing (:


 


Wednesday, November 27, 2013

BENCI : PERLU KE ORANG LAIN TURUT MEMBENCI ?

Photo by Skley on Flickr

"Kan aku dah cakap, jangan dekati dia. Kau kan kawan aku, bukan kawan dia. Buat nak berkawan dengan orang cemtu. Kalau kau nak kawan dengan dia jugak, kita putus sahabat !"

Sengal. Pasti kita akan bengang dengan kata2 begitu.

Kita mungkin pernah mengalami perkara tersebut atau mungkin orang2 di sekitar kita yang menumbuhkan rasa benci pada setiap orang yang ada dalam lingkungannya.

Atau mungkin kita sendiri yang begitu. Egois dan benci pada seseorang. Sehingga kita sendiri mengajak orang lain untuk turut membenci. Ya pernah juga aku begitu. Tapi alhamdulillah sekarang tidak lagi (: Manusia mana yang sempurna ?

Orang yang selalunya dibenci separuh mati biasanya orang yang dekat dengan kita. *tapi tak jugak, bergantung pada situasi dan sebab datangnya kebencian. Mungkin sebab dikhianati atau ditipu atau jeles kot.

Cuba tanya balik diri kita,

"Apakah nikmatnya kebencian ?"

"Apakah manfaatnya kebencian kita ?"

"Apa untungnya rasa benci yang disemai ?"

Sebenarnya takdak manfaat pon bila kita benci seseorang atau berjuta-juta orang sekalipon. Yang ada hanya kita akan mengeruhkan lagi ukhuwah yang terjalin dan merimaskan manusia sekeliling.

Sahabat kita yang pada asalnya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja, akhirnya turut sekali membenci apa yang kita benci. Padahal dia tak tahu menahu pon kenapa kita benci seseorang tu. Dia terpaksa ikot kehendak kita sebab taknak dituduh tak setiakawan. Memang tak patot !


MEMBENCI 

Entah2 kita yang mengikut rasa benci tu disebabkan sahabat kita membenci orang tu. Haaaa.
Sebenarnya apa yang menyebabkan kita merosakkan ukhuwah kita dengan orang tu ?

Padahal kebencian sahabat kita tu takdak kaitan dengan kita. Takdak manfaatnya pon.

Jika kita rasakan benda ni adalah sia2, cukuplah kita menyakiti diri kita dengan membenci orang lain. Belum tentu rasa benci kita terhadap seseorang itu bakal menjejaskan hidup kita. Setuju ?

Dia hidup tenang dan gembira, punya ramai sahabat lagi adelah. Tetapi jiwa kita pula yang tak tenang, membengkak dengan kebencian yang membara. Siapa yang rugi kat sini ?

Indahnya hidup tanpa kebencian yang sudah pastinya disertai maaf dan kesabaran. Sudah semestinya hidup akan sentiasa tenang. Tentunya memulihkan penyakit jiwa dan hati kita. Jantung nih bilamana ketika marah atau membenci sesuatu pasti akan berdegup lebih cepat, tidak teratur dan hanya mendatangkan stresssssss berpanjangan. Mahu begitu ?

Manusia memang akan selalu diuji. Itulah yang selayaknya apabila bergelar HAMBA ILAHI.

Salah satunya ujian BENCI. Kalaulah kita sedar bahawa ini adalah ujian KESABARAN, sudah tentu kita enggan menyemai KEBENCIAN dalam diri kita (:


"...Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu ? Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang."

[ An-Nur 24 : 22 ]

#BlogAkuIslam
*Entry diolah semula olehku.

LOVE DON'T HATE, David Archuleta.


Tuesday, November 26, 2013

SUKARNYA MENOLAK CINTA


Dalam kehidupan kita ni sebenarnya bila datang ja masalah memilih cinta memang banyak ragam.

Ada antara kita ni susah nak dapat jodoh. Terlalu memilih mungkin atau menunggu orang yang kita suka tu meminang kita. Tapi ada jugak yang mudah ja dapat jodoh tapi senang2 ja ditolak (atas alasan tertentu).

Jadi cemana nak menolak cinta ni?
Memang kita rasa susah nak tolak cinta orang ni sebab nak kena jaga hati bagai. Tambah pulak dia selalu ambil berat pasal kita, rapat lagi tu. Kita ni cuma taknak sakitkan hati sapa2, taknak kehilangan dia sebagai sahabat dan pelbagai kemungkinanlah.

Meh sini kita bincang sesama cemana nak tolak cinta ni.

1. Jangan terlalu bagi perhatian kepada yang berlainan jantina.

Bila kita ni selalu bagi perhatian kepada kawan yang berlainan jantina, maka mulalah timbul salah faham kat sini. Jadi dia tanpa berlengah akan ajak bertunang or kawen.

Padahal kita takdak niat cemtu pon. Kita kasi perhatian sama ja dengan kawan lain.
Nampak tak ? Haa sebab tu penting kita jaga batas kita dengan berlainan jantina. Bukan untuk keperluan diri sendiri tetapi jugak untuk orang2 yang merasakan mereka mendapat perhatian dari kita.

Kalau orang tu tau yang kita ni takdak apa2 perasaan pon kat dia, mestilah dia rasa kecewa, dipermainkan. Lepas ni takdak orang nak percaya kita da.

Jadi mulai dari sekarang BERHENTI memberi perhatian untuk perkara yang tak penting kepada yang berlainan jantina k.

Bergaul hanya yang sepatutnya. Ulang balik, yang sepatutnya sahaja. Jangan pernah menyakitkan hati sesiapa pon. Sebab perlunya kita menjaga ukhuwah sesama manusia.

Cuba bayangkan, kalau adik-beradik kita kena cemtu (dipermainkan/sebagainya) mesti kita rasa marahkan ? 


2.  Jangan tertipu dengan perhatian yang diberikan.

Sebab orang tu dah bagi perhatian, biasanya kita akan rasa macam jatuh cinta. Maka jangan nak buat kesimpulan/memandai-mandai si dia dah suka kat kita.

Cuba elak daripada perasaan2 yang tak sepatutnya bila dengan dia. Jangan salah faham dengan perhatian yang diberikan oleh dia. Faham.. memang susah nak elak sebab tu dah memang fitrah manusia yang sukakan perhatian orang.

Penyakit 'hati menipu' ni kebanyakannya mesti perempuan. Sebab perempuan kan suka dipuji, diberi perhatian. Sebab tu jangan sesuka hati berta'aruf dengan perempuan tanpa tujuan. Hati perempuan ni mudah tersentuh.

Jadi, batasilah pergaulan kita sesama berlainan jenis. Untuk mengelakkan jiwa kacau.

MENOLAK CINTA

Perkara yang sukar tapi sebenarnya mudah. Kesulitannya hanya kerana kita takmau sakitkan hati orang. Tu ja. Kalau dia ajak kita untuk kapel terutamanya, TOLAK saja.

Jangan takut menyakiti hati dia sebab dia ajak kita ke jalan maksiat. Yang mana kita nak, menyakiti dia atau kita bakal menyakiti ALLAH ?

Kalau nak ta'aruf ke ape ke, suruh ja dia jumpak mak dan ayah kita. Senang. Bukannya apa jangan sampai kita tertipu dengan ta'aruf kosong, menghalalkan kapel dalam bungkusan ta'aruf.

Kalau kita tak suka dia, jangan terus menolak. Kita buat istikharah dulu. Serahkan semua pada ALLAH. Siapa tahu kalau2 orang yang kita tak suka tulah yang sebenarnya mampu membimbing kita ke jalan-Nya. 


"INGAT, APABILA INGIN MENOLAK, RENDAHKAN SUARA KITA. JANGAN MENGGUNAKAN NADA YANG TINGGI. AGAR UKHUWAH KITA TIDAK ROSAK."


Allah kan ada ! 

# Entry di atas diolah semula olehku. Thanks Muhammad Naim Abd Manaf atas perkongsian (:

 

Blog Template by Atiqah Azaman