Wednesday, November 27, 2013

BENCI : PERLU KE ORANG LAIN TURUT MEMBENCI ?

Photo by Skley on Flickr

"Kan aku dah cakap, jangan dekati dia. Kau kan kawan aku, bukan kawan dia. Buat nak berkawan dengan orang cemtu. Kalau kau nak kawan dengan dia jugak, kita putus sahabat !"

Sengal. Pasti kita akan bengang dengan kata2 begitu.

Kita mungkin pernah mengalami perkara tersebut atau mungkin orang2 di sekitar kita yang menumbuhkan rasa benci pada setiap orang yang ada dalam lingkungannya.

Atau mungkin kita sendiri yang begitu. Egois dan benci pada seseorang. Sehingga kita sendiri mengajak orang lain untuk turut membenci. Ya pernah juga aku begitu. Tapi alhamdulillah sekarang tidak lagi (: Manusia mana yang sempurna ?

Orang yang selalunya dibenci separuh mati biasanya orang yang dekat dengan kita. *tapi tak jugak, bergantung pada situasi dan sebab datangnya kebencian. Mungkin sebab dikhianati atau ditipu atau jeles kot.

Cuba tanya balik diri kita,

"Apakah nikmatnya kebencian ?"

"Apakah manfaatnya kebencian kita ?"

"Apa untungnya rasa benci yang disemai ?"

Sebenarnya takdak manfaat pon bila kita benci seseorang atau berjuta-juta orang sekalipon. Yang ada hanya kita akan mengeruhkan lagi ukhuwah yang terjalin dan merimaskan manusia sekeliling.

Sahabat kita yang pada asalnya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja, akhirnya turut sekali membenci apa yang kita benci. Padahal dia tak tahu menahu pon kenapa kita benci seseorang tu. Dia terpaksa ikot kehendak kita sebab taknak dituduh tak setiakawan. Memang tak patot !


MEMBENCI 

Entah2 kita yang mengikut rasa benci tu disebabkan sahabat kita membenci orang tu. Haaaa.
Sebenarnya apa yang menyebabkan kita merosakkan ukhuwah kita dengan orang tu ?

Padahal kebencian sahabat kita tu takdak kaitan dengan kita. Takdak manfaatnya pon.

Jika kita rasakan benda ni adalah sia2, cukuplah kita menyakiti diri kita dengan membenci orang lain. Belum tentu rasa benci kita terhadap seseorang itu bakal menjejaskan hidup kita. Setuju ?

Dia hidup tenang dan gembira, punya ramai sahabat lagi adelah. Tetapi jiwa kita pula yang tak tenang, membengkak dengan kebencian yang membara. Siapa yang rugi kat sini ?

Indahnya hidup tanpa kebencian yang sudah pastinya disertai maaf dan kesabaran. Sudah semestinya hidup akan sentiasa tenang. Tentunya memulihkan penyakit jiwa dan hati kita. Jantung nih bilamana ketika marah atau membenci sesuatu pasti akan berdegup lebih cepat, tidak teratur dan hanya mendatangkan stresssssss berpanjangan. Mahu begitu ?

Manusia memang akan selalu diuji. Itulah yang selayaknya apabila bergelar HAMBA ILAHI.

Salah satunya ujian BENCI. Kalaulah kita sedar bahawa ini adalah ujian KESABARAN, sudah tentu kita enggan menyemai KEBENCIAN dalam diri kita (:


"...Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu ? Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang."

[ An-Nur 24 : 22 ]

#BlogAkuIslam
*Entry diolah semula olehku.

LOVE DON'T HATE, David Archuleta.


0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by Atiqah Azaman