Tuesday, November 26, 2013

SUKARNYA MENOLAK CINTA


Dalam kehidupan kita ni sebenarnya bila datang ja masalah memilih cinta memang banyak ragam.

Ada antara kita ni susah nak dapat jodoh. Terlalu memilih mungkin atau menunggu orang yang kita suka tu meminang kita. Tapi ada jugak yang mudah ja dapat jodoh tapi senang2 ja ditolak (atas alasan tertentu).

Jadi cemana nak menolak cinta ni?
Memang kita rasa susah nak tolak cinta orang ni sebab nak kena jaga hati bagai. Tambah pulak dia selalu ambil berat pasal kita, rapat lagi tu. Kita ni cuma taknak sakitkan hati sapa2, taknak kehilangan dia sebagai sahabat dan pelbagai kemungkinanlah.

Meh sini kita bincang sesama cemana nak tolak cinta ni.

1. Jangan terlalu bagi perhatian kepada yang berlainan jantina.

Bila kita ni selalu bagi perhatian kepada kawan yang berlainan jantina, maka mulalah timbul salah faham kat sini. Jadi dia tanpa berlengah akan ajak bertunang or kawen.

Padahal kita takdak niat cemtu pon. Kita kasi perhatian sama ja dengan kawan lain.
Nampak tak ? Haa sebab tu penting kita jaga batas kita dengan berlainan jantina. Bukan untuk keperluan diri sendiri tetapi jugak untuk orang2 yang merasakan mereka mendapat perhatian dari kita.

Kalau orang tu tau yang kita ni takdak apa2 perasaan pon kat dia, mestilah dia rasa kecewa, dipermainkan. Lepas ni takdak orang nak percaya kita da.

Jadi mulai dari sekarang BERHENTI memberi perhatian untuk perkara yang tak penting kepada yang berlainan jantina k.

Bergaul hanya yang sepatutnya. Ulang balik, yang sepatutnya sahaja. Jangan pernah menyakitkan hati sesiapa pon. Sebab perlunya kita menjaga ukhuwah sesama manusia.

Cuba bayangkan, kalau adik-beradik kita kena cemtu (dipermainkan/sebagainya) mesti kita rasa marahkan ? 


2.  Jangan tertipu dengan perhatian yang diberikan.

Sebab orang tu dah bagi perhatian, biasanya kita akan rasa macam jatuh cinta. Maka jangan nak buat kesimpulan/memandai-mandai si dia dah suka kat kita.

Cuba elak daripada perasaan2 yang tak sepatutnya bila dengan dia. Jangan salah faham dengan perhatian yang diberikan oleh dia. Faham.. memang susah nak elak sebab tu dah memang fitrah manusia yang sukakan perhatian orang.

Penyakit 'hati menipu' ni kebanyakannya mesti perempuan. Sebab perempuan kan suka dipuji, diberi perhatian. Sebab tu jangan sesuka hati berta'aruf dengan perempuan tanpa tujuan. Hati perempuan ni mudah tersentuh.

Jadi, batasilah pergaulan kita sesama berlainan jenis. Untuk mengelakkan jiwa kacau.

MENOLAK CINTA

Perkara yang sukar tapi sebenarnya mudah. Kesulitannya hanya kerana kita takmau sakitkan hati orang. Tu ja. Kalau dia ajak kita untuk kapel terutamanya, TOLAK saja.

Jangan takut menyakiti hati dia sebab dia ajak kita ke jalan maksiat. Yang mana kita nak, menyakiti dia atau kita bakal menyakiti ALLAH ?

Kalau nak ta'aruf ke ape ke, suruh ja dia jumpak mak dan ayah kita. Senang. Bukannya apa jangan sampai kita tertipu dengan ta'aruf kosong, menghalalkan kapel dalam bungkusan ta'aruf.

Kalau kita tak suka dia, jangan terus menolak. Kita buat istikharah dulu. Serahkan semua pada ALLAH. Siapa tahu kalau2 orang yang kita tak suka tulah yang sebenarnya mampu membimbing kita ke jalan-Nya. 


"INGAT, APABILA INGIN MENOLAK, RENDAHKAN SUARA KITA. JANGAN MENGGUNAKAN NADA YANG TINGGI. AGAR UKHUWAH KITA TIDAK ROSAK."


Allah kan ada ! 

# Entry di atas diolah semula olehku. Thanks Muhammad Naim Abd Manaf atas perkongsian (:

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by Atiqah Azaman