Thursday, April 24, 2014

PENIPU ?

Belongs to Wallsave


Salam alaik !

Sorilah, blog aku nih dah lama sangat tak bukak. And I can feel tikus tikus mahupon lipas sedang cuba membina sarang sarang mereka. Wahhh.

Well aku takdaklah nak update apa sangat, cumanya sekadar tidak mahu blog ini sepi begitu bagai angin lalu dan hilang. Aku tetiba rasa nak share post Mato pasal LIES. Mostly korang memang peminat tegar peminat setia tulisan Mato. Semestinya ! Every month waiting for his new post right ?

Aku pon taknak bazir masa, jom kita ingat balik wujud tak orang orang seperti ini, i mean orang seperti mereka ini  ahh senang cerita golongan macam ni in your life, dan bukan orang orang dekat sawah yer.


Situasi pertama : Aku okey.


Rasanya ini penipuan paling universal memandangkan ia sangat terkenal terutamanya bagi kaum-kaum wanita di luar sana (berdasarkan kajian bahawa wanita seringkali rasa sedih dan puncanya adalah lelaki).

Repeat. Seringkali. Bukannya kalau sedih je confirm lelaki yang jadi puncanya. Boleh jadi result exam puncanya. Boleh jadi drama korea terlalu sedih yang jadi punca. Boleh jadi resipi masak tak menjadi. Boleh juga sebab tak dapat balik cuti.
Bukan nak kata lelaki tough (ada sedikit kebenaran di situ), tapi lelaki ni majoritinya sedih sebab lain.

Ya kita bukan nak borak pasal sedih.

Tak apa, kadang-kadang kita tak perlu tunjuk pada orang yang kita lemah. Sebab kekuatan seseorang
bukan terletak pada siapa dia, tapi siapa Tuhannya.

Lepas ni kalau ada orang tanya, "Weh, enta okay?"

Maka jawablah, "Sesungguhnya kekuatan itu milik Allah. Maka jika Dia tarik apa yang Dia pinjamkan pada aku, siapa aku untuk menidakkannya?"

Wahaha! Isbir.


Situasi kedua : Rupa tak penting, yang penting hati.


Ini antara yang sangat offensive.
Katanya rupa tak penting, yang penting harta agama.
Tapi bila nampak brader badan sado, muka berjambang, tinggi lampai (aku memang tak tahu taste perempuan jadi aku buat segala yang opposite dengan sifat aku ahaha) terus usha tak ingat dunia.
Kata tak tengok rupa tapi bila ada abang badan besar sikit, kulit tak berapa nak cerah, muka tak ada rupa-rupa mat saleh, berketinggian rendah (macam salah je kombinasi tinggi dan rendah diletakkan sebelah-sebelah), meskipun beliau terkenal di kawasan kampung sebagai muazzin setiap subuh. Walaupun suara beliau tak adalah merdu mana, tapi insyaallah agamanya terjaga, masih ada yang sudi? Ya, mungkin ada.

Kalau ada, alhamdulillah. Benarlah cinta bukan pada rupa, tapi pada agama.
Kalau tak sudi, okay tak apa. Dah faham dah.
Macam tu juga bagi lelaki. Rupa tak penting kononnya, yang penting hati.
Tapi bila nampak perempuan lawa, mata tak berkelip gak pandang.
Kalau dah fitrah lelaki suka tengok perempuan lawa nak buat macam mana?


Lower your gaze lah.
Tundukkan pandangan bukan mesej untuk lelaki saja, perempuan pun sama.


Situasi ketiga : Aku tak ready lagi.


Ini biasanya ayat2 student pandai. Pandai memanipulasikan fikiran orang.

Bila orang lepak-lepak, dia pon lepak-lepak gak.

Tapi bila orang tido, dia study sorang-sorang.

Sejam sebelum masok dewan exam, member kata, "Aku cuaklah nak exam."

Dia pon join sekaki kata tak ready lagi.

Tapi bila result keluar ? Tuddiaa. Gempak bak hang. 4 flat.

Ini serious pandai.


Situasi keempat :  Aku dah ready.


Ini biasanya jenis-jenis yang suka sedapkan hati sendiri.
Beria yakinkan hati yang diri sendiri dah ready, sebenarnya satu persediaan pun belum dibuat.
Golongang jenis ni biasanya masa buka paper exam, baru rasa menyesal kenapa tak study awal-awal.


Situasi kelima : Best friend forever.


Maka ini boleh dikatakan sebagai penipuan paling epik.
Kalau setakat nak mengaku  bi ef ef, semua orang boleh, Tapi sejauh mana kebenarannya?

Allahualam.
Bila kita mengaku dia sahabat kita, maka ada beberapa perkara yang kita akan pastikan ia terlaksana.
1. Sebab aku sayang dia, aku doakan dia. Tanpa mengharapkan doa dia untuk aku sebagai balasan.
2. Sebab aku sayang dia, aku tegur kesilapan dia, bukan diam sebab takut dia terasa.
3. Sebab aku sayang dia, aku nak masuk syurga sama-sama dengan dia. Kalau dia tergelincir ke neraka, aku akan terjun untuk sambut tangan dia, untuk pastikan aku dan dia sama-sama berpimpin tangan ke syurga.
Epik.

Situasi keenam : Kami mesej benda penting je.


Ini biasanya digunakan masa baru-baru nak mengayat.

Mula-mula minta nombor. Katanya nak bincang pasal subjek dalam kelas tadi. Gayanya macam dah tak ada member sejantina dalam kelas tu yang boleh diajak berbincang.

Tak apa. Sangka baik. Mungkin kelas tu ada dua orang pelajar saja.

At first, bincang pasal pelajaran.

Lepas tu bincang punya bincang, sampai lewat malam.

Bila dah lewat malam, soalan tu berubah kepada, "Eh tak apa ke ni awak tidur lambat? Dah malam sangat ni."
 
Esok-esoknya, soalan berunsur pelajaran berubah kepada, "Boyfriend awak tak marah ke ni saya selalu mesej awak?"
Bila dah tahu si perempuan dah tak ada pakwe, maka makin menjadi-jadilah kekerapan berbalas mesej.
Daripada soalan berbentuk, "Disc replacement surgery after umbilical hernia surgery,"
Berubah kepada, "Awak lapar tak? Jom makan kat luar. Saya belanja awak."
Berubah kepada, "Awak, kepala saya sakitlah. Tolong picitkan?"
Wahaha Mato cakap macam ada pengalaman.
Macam saja.
Dan yang terakhir,

Situasi ketujuh : Aku nak berubah esok.


Bila Allah hadiahkan hidayah, maka tak ada alasan untuk kita tangguhkan walaupun seminit.

Sebabnya apa? Sebab sekali kita bertangguh, bermakna ia akan jadi berkali-kali. Bila sampai hari esoknya, kita kata tak apalah, esoklah. Esok.

Macam contohnya, "Aku nak mula solat esok."

Bila esoknya, "Esoklah aku solat, penat sangat ni."

Dan esok serta esoknya dan esoknya lagi masih beri alasan "Esok."

Lalu sampai tiba hari dimana 'esok'nya tu kita dalam kubur. Baru kita menyesal. "Kenapa bukan semalam?"

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by Atiqah Azaman