Rasulullah SAW ialah contoh teladan untuk kita sebagai umat Islam.
Begitu juga para isteri baginda merupakan contoh wanita solehah. Dan
wanita yang dicintai Rasulullah SAW ialah ibunya dan isterinya Siti Khadijah.
Kenapa ibunya ?
Sebab ibu bagindalah yang telah mengandung dan melahirkannya manakala
Siti Khadijah ialah wanita yang telah menyempurnakan dirinya.
Kecantikan jiwanya, kebersihan hatinya, keimanannya, kecerdasannya,
kesetiaannya merupakan magnet yang membuatkan hati seorang pemuda yang bernama
Muhammad luluh.
Tahukah anda, wanita seperti Khadijah ialah wanita yang layak dicintai.
Tetapi bila difikir-fikir balik masih wujudkah wanita seperti Siti Khadijah
pada zaman ini ?
Bukan maksudnya zaman ini tiada, tetapi jarang. Senang cerita susahlah
nak cari cemtu.
Menemui wanita seperti isteri Rasulullah pada zaman ini bukanlah sesuatu
yang mudah.
Mendekatinya juga sangat sukar.
Mungkin wanita tu punya kecantikan rupa dan tubuhnya, tapi belum tentu
dia memiliki akhlak yang cantik juga. Tak gitu ?
Kecantikan paras rupa bukanlah menjadi ukuran yang dinilai oleh Allah
SWT. Melainkan kalau wanita itu sentiasa menghiasinya dengan akhlak yang baik,
ketaqwaan, dan keyakinannya kepada Allah.
Jika seorang wanita sudah memiliki keyakinan yang kuat, dan tidak mudah
terhakis oleh sekuat manapon badai, maka dialah wanita yang layak dicintai oleh
suami dan keluarganya.
Wanita yang harus dicintai tidak meletakkan kecantikan yang dimilikinya
sebagai kebanggaan yang dapat menjerumuskan ke arah sifat sombong dan riak.
Padahal dalam ayat Quran sudah jelas melarang kita untuk tidak
menduniakan kecantikan.
"Janganlah kamu berhias dan bertingkah
laku seperti orang2 jahiliyyah terdahulu."
[ Surah al-Ahzab : 33 ]
Tidak ada sesuatu pun yang dapat mengubah penampilan dan kecantikan
seseorang melainkan dengan izin Allah itu sendiri.
Wanita cantik dan harus untuk dicintai akan terpancar dari hati yang
bersih dan sikap yang baik melalui kata2 yang sopan dan pakaian yang
mencerminkan wanita solehah.
Ada ja kita jumpak wanita cemtu, cuma kengkadang tu cuma topeng jak.
Lama2 akan terbongkar jugak sebab yang asli tetap akan asli.
Kita juga boleh tau wanita yang layak untuk dicintai ni apabila dia punya
kerendahan hati, menghormati sapa2 pon tanpa membezakan darjat.
Ketakwaan dan keimanan seseoranglah yang membezakannya di mata Allah.
Wanita yang mulia pasai hidup glamour or berjawatan tinggi bukan tiket
kebahagiaan.
Tetapi ketenteramn hati dan jiwa adalah kunci segalanya.
"Seorang wanita yang harus dicintai
ibarat lebah yang memberikan manfaat untuk semua orang. Kerana hasilnya ialah
madu.
Dengan madu itulah, ramai manusia yang dapat
merasakan manfaatnya. Si pencari madu pula boleh memberi makan isterinya dengan
menjual madu tersebut dan banyak lagi manfaatnya. "
Bagaimana nak jadi wanita yang harus dicintai ?
1. Iman yang kuat, sentiasa taat beribadah,
istiqamah, sabar dan ikhlas.
2. Bersifat mulia dalam pergaulan, tingkah laku dan tutur kata.
3. Berfikiran positif, tidak bersangka buruk
dan yang penting SENYUM !
Wassalam.
#BlogAkuIslam
0 comments:
Post a Comment