Sunday, November 24, 2013

TRIBUTE ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR(BERTEMU BIDADARI SYURGA)


*Şehıdımız Ahmad Ammar telah bertemu bidadarinya*

"Ana rasa selama nih ana dah terlalu selesa. Tiba masa untuk ana keluar dari keselesaan. Tiba masa untuk anan rasa apa yang mereka rasa."


Qie mendiamkan diri, memberi ruang kepada Am untuk meneruskan kata-katanya. Musim sejuk di Istanbul seakan menggigit ke tulang belulang.


"Ana nak bermusafir, menjadi perantau. Sama-sama berjuang, membantu saudara kita di Syria."


Qie kaget.
Entah kenapa sayu di hatinya mendengar kalimah sahabatnya. Bersungguh benar nampaknya.


"Enta yakin?"


Am senyum. Dia menghirup udara segar Turki. Matanya rapat terpejam. Dihembus helaan nafasnya perlahan-lahan.


"Subhanallah, Alhamdulillah. Ya rabbi, segala puji bagi-Mu Ya Allah kerana menghidupkan aku sehingga ke hari ini. Segala puji bagi-Mu kerana aku masih teguh berdiri di sini, di bumi asing ini atas kudrat dan iradat-Mu. Kuatkanlah aku sebagaimana Engkau telah kuatkan kekasih-Mu, sahabat2 baginda, dan hambu-Mu yang satu itu. Aamiin."


Tiba2 saja hatinya sebak. Seakan ada air mata bergenang di kelopak matanya. Ditahan agar dia tidak menangis di hadapan sahabatnya.


"Am, ana bukan nak halang enta, tapi bukankah enta masih dalam pengajian? Bukankah enta masih punya keluarga yang mengharapkan enta pulang dengan kejayaan? Am, fikir baik2. Enta tak takut dibom?"


Ternyata Qie begitu khuatir tentang sahabatnya. Am berpaling ke arah Qie. Jelas kelihatan raut kebimbangan di wajahnya. Am memegang erat bahu sahabatnya.


"Sahabat, terlalu banyak tapi akan mengundang murka Allah. Terlalu banyak tetapi seolah-olah kita tidak yakin dengan kudrat dan iradat Allah. Terlalu banyak tetapi sedikit sebanyak akan 'membunuh' semangat juang fi sabilillah. Terlalu banyak tetapi takkan membawa kita maju ke hadapan. terlalu banyak tetapi akan buat kita kufur dari Tuhan. Sahabat, dalam kamus seorang pejuang agama, pejuang Allah, tiada istilah tapi. Cuma ada istilah percaya dan yakin pada Ilahi. Sahabat, ia mungkin mimpi. Mimpi yang akan menjadi realiti. Enta tau? Ana bercita-cita tinggi. Sudah tiba masanya ana pergi. Ya, ana punya keluarga. Disebabkan ana punya keluarga dan mereka tiada apa2lah ana nekad. Jihad ini in shaa Allah kerana-Nya. Allah pasti lindung. Allah pasti bantu. Andai ana mati, matinya ana bersama para syuhada'. Siapa tahu ana ialah as-Syahid Ammar? Bukan syurga yang ana buru, tapi redha-Nya yang ana perlu."


Qie sudah tidak betah menahan sebak di dada. Akhirnya air mata Qie gugur jua. Dia mencintai figura yang berada di hadapannya itu fillah. Masakan tidak jasad itu yang pernah dicemuhnya, yang pernah dikhianatinya. Tapi jasad itu jugak yang sanggup 'mengutip' dan menyelamatkannya daripada terus hanyut dibuai maksiat dunia. Dia tau apa jua alasannya, dia tidak mampu membunuh mahupun mematahkan semangat hamba yang berjiwa Rabbaniyyah !


"Am...ana..."


"Shhhh. Enta tak perlu cakap apa2. Yang ana perlukan hanya doa enta. Kalau enta sayang ana kerana Allah, ana mohon, titipkan doa untuk ana sewaktu ana hidup mahupun jika ana tiada nanti. Jangan khuatir. Usaplah airmatamu seandainya ana tiada lagi disisimu. Perginya seorang hamba itu berganti. perginya seorang hamba itu ketemu Ilahi. Jadi in shaa Allah ana selamat di sisi-Nya."


Makin galak air mata yang keluar dari empangan mata Qie. Dadanya sebak. Ada sendu yang berlagu. Am menepuk-nepuk sahabatnya seraya memeluk erat tubuh sahabat dunia akhiratnya. Sungguh, kedinginan musim sejuk di Istanbul kalah dengan kehangatan ukhuwah fillah.


"Ammar, inni uhibbuka fillah. Jiddan jiddan. Seni seviyorum."


Lemah Qie membisikkan kalimah itu. Am merungkaikan pelukannya. Matanya memandang tepat ke dalam mata sahabatnya. Ada keikhlasan yang terbit dari mata sahabat yang dicintainya.


"Ahabbak alazhi ahbab tanii lahu. Ben de seni seviyorum."


Akhirnya airmata Am tumpah jua. Tiada siapa tahu dalam hatinya ada segaris nama. Nama yang menjadi idolanya. Nama yang sama sepertinya; Ahmad Ammar. Moga dia juga bisa menjadi seprti mujahid Allah itu. Biiznillah.



p/s: This is a tribute for Sehid Ahmad Ammar. Semoga lebih ramai 'Ammar' yang bangkit. Tidak menjadi 'Ammar' pon tak mengapa. Jadilah diri sendiri. Tapi ambillah semangat dan kisah kehidupan Allahyarham sebagai panduan di samping menjadikan Rasulullah saw sebagai role model dalam kehidupan.

Sumber: facebook tetapi telah diolah sedikit olehku.

Aku kini 19 tahun. Tetapi apa yang telah aku lakukan untuk agamaku?
Allahuakbar ! 

*nanges.

Info mengenai Allahyarham Ahmad Ammar kepada yang belum mengenalinya boleh klik di sini

 

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by Atiqah Azaman