Seorang ayah berjalan memimpin tangan anak lelakinya. Sudah menjadi kebiasaan mereka setiap kali subuh, maghrib dan isyak pasti akan ke masjid untuk berjemaah.
"Kenapa 3 solat tu ja yg p masjid ?" Bersangka baiklah. Ayahnya bekerja, jadi kelapangan bersama-sama anak hanya setelah pulang dari lubuk rezeki.
Nak dijadikan cerita suatu hari mereka nak solat Isyak berjemaah dalam keadaan sedang membetulkan saf. Tiba-tiba ada seorang pakcik ni tegur, "Encik suruh anak encik ni ke belakang ya. Mengganggu solat dan takut nanti terputus saf." Sinis sekali nadanya.
Tetapi si ayah ni dengan tenang sambil senyum senget. kot. sebab muka memang takdak perasaan. Dia bertanya kepada pakcik tu, "Saya nak tanya pakcik dua soalan.
Pertama, dari mana pakcik belajar tentang itu (kanak-kanak dilarang berada dalam satu saf)?
Keduanya, kalau benarlah anak-anak ni yg memutuskan saf, bagaimana pula dengan tiang yg ada dalam masjid ni? Bukankah ia memutuskan saf juga? Kalau begitu mari kita sama2 runtuhkan tiang ni."
Keduanya, kalau benarlah anak-anak ni yg memutuskan saf, bagaimana pula dengan tiang yg ada dalam masjid ni? Bukankah ia memutuskan saf juga? Kalau begitu mari kita sama2 runtuhkan tiang ni."
Pffft. Diam teros pakcik tu.
Sebenarnya kanak-kanak boleh berada dalam satu saf. Takde masalah pon. Harus hukumnya(sekalipon diorang ni belom berkhatan). Kita ja yang tak tau, tak nak bertanya, bodoh sombong gitu. Bukannya takdak peluang nak tanya.
Zaman Rasulullah dulu pon mereka sangat memuliakan kanak-kanak. Rasulullah saw telah meletakkan Abdullah bin Abbas di sebelahnya semasa solat berjemaah. Baginda sendiri tak pernah menempelak, menghalau dan menengking anak2 yang sudah berada di saf hadapan, bersama-sama orang dewasa.
Bukan macam kita sekarang. Budak2 mesti kena dok saf lain. Saf belakang2 pulak tu. Pastu bila diorang bising kita marah. Apa punya perangai.
Yang pastinya Rasulullah saw sangat menggalakkan anak-anak mereka berada hampir dan bersama-sama dengan ibubapa/penjaga mereka. Sebab apa ? sebab nak mengelak bising tulah. supaya tak ganggu jemaah yang sedang dilakukan. At least ada makbapak sebelah boleh larang anak tu. Pastu boleh didik anak2 ni bermasyarakat. haa cemtu.
Menurut Syeikh al-Albani : Tidak mengapa anak2 berdiri pada saf kaum lelaki dewasa, jika saf tersebut masih ada ruang. Dan solat kanak2 lelaki yatim bersama Anas di belakang Rasulullah saw ialah hujah dalam masalah ni. (saf kanak2 ialah bersama-sama saf lelaki dewasa). [Tamamul Minnah m/s 311]
Apa2 pon semoga pakcik2 makcik2 yang ada masalah ceni Allah bagi petunjuk kat diorang. Mungkin diorang ni tak cukup ilmu lagi atao pelbagai kemungkinan. Doakan yang baik2 ya. Nak masok syurga sama2 kan?
0 comments:
Post a Comment