Seringkali
hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan
ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan.
Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan
dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan.
Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang
seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam.
Betapa indahnya aturan Tuhan. Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawapannya senang sahaja…
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan.
Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada
bayaran. Contohnya, Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicauan
burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.
Beware. I, Atiqah Azaman won't take any responsibility for hurting anyone or any side-effect after visiting reading skodeng mahupon stalking my personal cool belog. Bukanlah bercita cita mahu menjadi penulis hebat sehebat hebat JK Rowling Stephanie Meyer atau Sarah Dessen apatah lagi mengejar populariti dunia semata. Sekadar berkongsi bacaan dan apa yang termuncul di dalam kepala hotak aku. Segala caci maki dan puji memuji anda sangat dihargai without any hesitation ! Membacalah dengan penoh keikhlasan di dalam hati sehingga timbul keseronokan dan kegembiraan dengan ayat ayat yang mampu mengubati jiwa anda. Salam keamanan !
Anything to ask just email me at atiqahazaman248@gmail.com.
0 comments:
Post a Comment