Now let's talk about friendship. Kawan ni senang
ja kita nak tao dia ni betul-betul kawan atau tak. Kawan hanya akan
bersama-sama kita bila kita senang. Dan hanya kita saja tao sapa kawan
kita pada saat kita susah. Agree ? Nah untukmu sahabat.
Kadangkala
Allah hilangkan mentari kemudian dia datangkan guruh.. puas kita
menangis.. mencari mana mentari kita.. rupa-rupanya Allah nak hadiahkan
kita pelangi yang indah.
Sabarlah wahai insan.. ada kemanisan di sebalik kepahitan ini.
Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak diduga selalu berlalu dengan tiba-tiba.
Biarlah
kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam, tetapi usahlah kita
ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk
selama-lamanya...
hari kelmarin telah tiba, hari ini telah
berlangsung. Sementara hari esok belum lahir, harimu adalah hari ini.
Maka isilah ia dengan ketaatan nescaya engkau akan mendapat keuntungan..
Kepedihan
dalam mencapai cita2 adalah nikmat, keletihan dalam mewujudkan obsesi
adalah ketenangan, peluh kerana kerja adalah pewangi dan pujian yg baik
adalah wewangian semerbak..
Ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini
bukan hanya untuk ketawa, ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu
betapa bernilainya setitis air mata..
Ada masa kita perlu
seorang teman agar kita tak kesunyian.. Kau seorang teman yg sentiasa
tersenyum walaupun di dalam kesusahan, kau seorang teman yg sentiasa
membantu ketika dalam kesusahan, kau seorang teman yg sentiasa tahu
menilai erti sebuah PERSAHABATAN, akundoakan dikau gembira dan
berbahagia di dunia dan di akhirat... AMIN.
Dalam kabus ku tercari-cari cahaya yg akhirnya kutemui. Sinar ceria di raut wajahmu andainya alam ini mampu berkata-kata, pastilah pujian buat dirimu diwaktu itu. Akulah yg bertuah punya sahabat sepertimu dalam ketenangan menghadapi hidup ini.
SAHABAT..
Andai hari ini aku sedang tersenyum, aku juga ingin melihat kau tersenyum..
Andainya hari ini aku bersedih, aku tak ingin lihat kau bersedih..
Andai hari ini aku dijemput Ilahi, aku ingin melihat kau bahagia..
Mengundur daku ke alam mimpi dengan izin Tuhan aku kembali. Jika pergi dan tidak kembali, ku pohon kemaafan /keikhlasan dari hati selamat malam buatmu yang diingati..
Jika hari ini, saat ini dan waktu ini kkita berpisah janganlah engkau menyalahkan-Nya salahkan pertemuan kerana setiap pertemuan menyebabkan perpisahan..
Andai esok nafaskku terhenti, ingatlah detik terakhir dari ini..
Andai esok nadiku mati, maafkan kesalahan diri ini.. Hanya satu perlu engkau tahu, aku gembira mengenalimu..
SAHABAT....
Tika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah..
Jika aku bersedih tanpa kata2 pujuklah aku dgn tarbiah pencipta..
Jika antara kita ada tembok yg ingin memisahkan kita ajaklah aku meleraikan segera..
Jika
pernah hatimu terluka keranaku luahkanlah agar aku cepat berubah dan
jika esok aku terlena dgn kalungan doa, berjanjilah sahabat ukhuwah kita
untuk selama-lamanya..
Aku mempunyai sepasang mata tetapi
tidak dapat melihatmu setiap masa, aku mempunyai sepasang telinga tetapi
tidak dapat mendengar suaramu seketika, tetapi aku mempunyai sekeping
hati yg akan mengingatimu sampai mati..
Senyap tak beerti
hilang, diam tak beerti lupa, jauh tak beerti putus, kerana antara kita
ada satu ikatan sebuah persahabatan yang berkekalan........
Kita
berdiri di bumi yg sama, kita menjunjjung langit yg serupa, kita
berbeza pada rupa, namun hati kita tetap mennuju perhentian yg sama...
sesungguhnya kita telah melakar warna2 persahabatan di jiwa bukan untuk seketika tapi untuk selamanya..
tikaa
aku diberi peluang untuk berkata-kata, ingin aku memberitahu kamu wahai
teman bahawa aku sudah terikat erat ukhuwah yang telah dibina selama
ini.. ku harap ukhuwah ini akan berterusan selamanya....
MANUSIA..
kadang2
terlupa untuk menghargai seseorang yg ada dgn dia tapi, bila dengan
kehilangan orang tu.. dia akan menangis dan akan merindui seseorang itu
sanngat2!!!
jadi sebagai teman, seharusnnya kita menghargai sahabat itu agar tidak kehilangan seseorang yg amat berharga.....
teman yg sejati bukan yang selalu dekat di mata, dekat bicaranya, tapi setia di hati dan diingati dalam setiap bisikan doa....
Saya MALAS awak suruh RAJIN
Saya NAKAL awak MARAH
Saya SENYUM awak lagilah SENYUM
Saya GURAU awak GELAK
sweet sgt masa tu,
tapi..
nanti
aklau saya tak ada awak jangan ikut saya pergi, cuma DOA je dalam
hati.. ingat dekat saya ok.. dah cukup buat saya tenang selamanya, awak
jangan sedih, saya tak suka air mata awak menitis nanti tau..
Dalam
hidup kita Tuhan akan bagi peluang untuk berjumpa dengan orang yang
betul2 kita sayang, tapi hanya sekali.. sekiranya kita leka kita akan
kehilangannya buat selama-lamanya, tapi... kita tak pernah cuba tahu
siapa orangnya jika kita sendiri tak pernah cuba untuk menilai
kehadirannya mungkin setelah segalanya berlalu kita mula sedar dan
mungkin kita tak berpeluang untuk memilikinya buat selamanya.
Hari
tu kita berjalan sekali, bestkan berjalan sambil bergurau tapi lagi
best bila awak kasi hadiah tu. Itulah hadiah paling saya tak boleh lupa.
SENYUMAN MANIS AWAK. Esok bila saya tak boleh berjalan saya nak awak
iringi saya... masa ni saya dah tak boleh panggil awak macam selalu,awak
yang kena datang. Masa ni saya nak hadiah lagi tapi dah tak nak snyuman
awak tu... saya nak AL-FATIHAH. Awak bacaka untuk saya sebab saya dah
tak boleh baca sendiri. Lepas tu bila ada orang letak saya bawah papan,
awak jangan nangis atau cari saya. Saya dah tak boleh tengok awak....
JANJI!!! kiranya tempias membasahi jendelamu itulah air mata
mengingatimu... Tanpamu sedari ada darah di jarimu itulah tandanya
sesuatu terjadi kepadaku... Andainya kau terbatuk itu tandanya aku
termimpikanmu dan andai kau tersedar jika AL-QURAN mendayu di subuh
sunyi, itulah tanda aku pergi dahulu sebelummu...
Jika indah pertemuan, jangan akhiri dengan perpisahan
Jika suci satu perkenalan, jangan cemari dengan pendustaan
Jika bernilai sebuah perhubungan, hargailah ia dengan keikhlasan
Kalau sayangkan seseorang, jangan pernah sakiti hatinya
Hargailah selagi terasa dia beerti, jangan kesal jika satu hari nanti orang yang disayangi tiada di sisi....
Sejernih embun sesejuk salju
Seharum bunga mekar di taman
Sebersih pasir pantai yang memutih
Indahnya ibarat ukhuwah kita....
Allah berfirman dalam Al-Quran orang beriman adalah bersaudara, tiada nilai rupa dan darjat...
TAMAT
0 comments:
Post a Comment